PAN Memang Parti KULI Mat Sabu & Salahuddin Sekadar Balaci Sahaja?


Hari ini parti PAN Johor buat Konvensyen Tahunan 2016 di Goodhope Hotel, Skudai dengan kehadiran semua perwakilan kawasan parlimen, pemerhati serta rakan Pakatan Harapan sekitar 85 orang tidak lebih.


Konvensyen dirasmikan oleh Mat Sabu, Presiden Parti PAN.



Inilah mereka yang hadir dalam konvensyen berkenaan. Anda tak percaya boleh bilang sendiri.

Saya akan fokus tentang resolusi akhir konvensyen PAN Johor iaitu mencadangkan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri ‘sementara’ sekiranya Pakatan Harapan mampu menawan Putrajaya PRU14.

Cadangan ini dibuat sendiri oleh Pengerusi PAN Johor, Aminolhuda Hassan.


Timbul persoalan dikepala saya habis Mat Sabu macam mana? Tak layak ke? Salahuddin Ayub pula bagaimana? Tak layak juga ke untuk menjadi PM SEMENTARA (BONEKA AJE) bukan sungguh-sungguh. Kalau itu pun tak layak apa yang layaknya bagi Mat Sabu?

Yang menjadi hairannya kenapa TS Muhyiddin dicadangkan sedangkan parti BERSATU bukan Pakatan Harapan? Bengong betul perwakilan konvensyen PAN Johor rupanya.

DAP, parti boss serta dedak PAN agak bagus, tak jemput Tun Mahathir untuk Perhimpunan DAP, katanya BERSATU bukan Pakatan Harapan. Jemput pun tak ini kan pula nak lantik jadi PM Sementara. Tapi PAN ni akal mungkin tak ada. Patutlah DAP boleh perbodohkan mereka.


Saya rasa nak tanya juga kedudukan Husam Musa? Tak layak ke dia ni jadi PM SEMENTARA atau PM OLOK-OLOK?

Pernah Saifuddin Nasution berceramah bersama-sama Husam Musa di Kelantan pada 5 November 2015 berkata dia bertanya Anwar Ibrahim siapa layak jadi TPM jika Anwar jadi PM. Katanya Anwar bisik Husam Musa. Kan hebat Husam. (Saya tak sertakan video ceramah pasal panjang sangat ceramah tu, tuan puan boleh cari di Youtube)

Habis kenapa parti PAN Johor ketepikan Husam Musa?

BETULLAH KATA-KATA Orang PAN ni sekadar Parti BALACI sahaja. Sekadar nak rosakkan PAS kerana dendam kalah pemilihan serta membantu UMNO menjatuhkan PAS (sekurang-kurang senanglah hati dendam) dan menjadi kuli kepada DAP.

Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
November 28, 2016 at 11:33 PM

Mat Sabu tak layak jdi pm sbb masa dlm parti islam dulu dia dah buat hal dgn isteri org. Mana ada jaminan dia takkan buat apa2 hal yg memalukan jika jdi pm.

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger