Beberapa orang kawan saya daripada PAN sangat teruja dengan kesungguhan Tun Mahathir bersama dengan pembangkang walaupun umurnya sudah masuk 92 tahun. Katanya Tun Mahathir akan menyatukan pembangkang sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Anwar Ibrahim.
Tambahnya UMNO akan tumbang dalam PRU-14 nanti kerana rakyat akan merasai suara reformasi.
Malas saya nak komen, buat habis tenaga aje. Tapi memandangkan ramai 'penganut' PAN mempercayai perkara ini saya rasa perlu saya berhujah untuk mencari kesahihah apa yang ada dalam 'kepala' mereka.
Sebelum Tun Mahathir nak satukan pembangkang mampukah Tun Mahathir sebelum ini satukan UMNO. Setahu saya UMNO beberapa kali pecah belah disebabkan oleh Mahathir. Sebelum dia menjadi PM dia pecahkan UMNO. Selepas dia menjadi PM pun di pecah UMNO kerana tiada Timbalan UMNO atau TPM yang disukainya.
Sejarah tak bohong Mahathir ni sebenar 'kaki pecah perintah' untuk kekalkan kuasa.
Itu kita bercakap pasal UMNO. Sekarang dia keluar UMNO tubuh BERSATU.
BERSATU ni bersatu ke?
Khairuddin Abu Hassan seorang penaja parti BERSATU dan dia memecah rekod menjadi penaja yang paling cepat keluar dari parti yang ditubuhkannya.
BERSATU juga tidak dapat menarik ahli PERKASA untuk bersama sedangkan pada awalnya PERKASAlah yang mengerakkan pendafataran BERSATU. Krisis ini bermula atas sikap dengan DAP yang mana PERKASA tidak setuju BERSATU rapat dengan DAP.
Tun Mahathir hadir dalam kumpulan pembangkang bukan untuk satukan pembangkang tapi untuk menjadi jaguh. Lihat sahaja Konvesyen Harapan beberapa hari lalu, dia jadikan konvensyen itu untuk medan menghentam sesiapa yang tak setuju dengannya termasuk PAS sedangkan dia tahu TS Muhyiddin sangat memerlukan PAS.
Dengarlah mana-mana ucapan, ceramah atau forum termasuk yang terbaru bersama dengan Husam
Saya tak tahu apa yang Pakatan Harapan nak pada orang tua ini? Adakah janji wang 500 juta untuk dana PRU-14 nanti sehingga ramai pemimpin Pakatan Harapan menjadi makin keliru dan celaru dengan perjuangan Reformasi.
Adakah dosa-dosa Mahathir boleh dihapuskan dengan begitu mudah kerana dia bercakap pasal Najib dan dedak sehingga kita lupa bagaimana dedak yang disebut-sebut itu sebenarnya Mahathirlah yang memulakannya. Tahukan kita bahawa Najib itu pun adalah sebahagian daripada dedak Mahathir yang tidak mendengar kata, lari daripada tuan dedak!
+ comments + 4 comments
Jom Flashback apa Mahathir kata dekat DAP dulu
http://www.sinarharian.com.my/politik/mahathir-enggan-tarik-balik-kenyataan-dakwa-kit-siang-rasis-1.155949
Mahathir enggan tarik balik kenyataan dakwa Kit Siang rasis
SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak sekali-kali akan menarik balik kenyataannya yang mendakwa Lim Kit Siang seorang rasis atau memohon maaf terhadap penasihat DAP itu.
Dr Mahathir berkata beliau bersedia untuk diheret ke mahkamah berhubung kenyataan itu namun tidak sekali-kali akan menutup mulutnya.
"Mereka tidak senang hati kerana saya boleh lagi bercakap. Nak tutup mulut saya tidak boleh tutup.
"Dah 87 tahun saya bercakap nak suruh saya tutup dah tidak boleh. Saya tidak takut, nak tarik ke mahkamah tariklah," katanya ketika berucap pada program
Amanat Negarawan Bersama Rakyat Shah Alam di sini malam tadi,
Lebih 10,000 orang hadir pada program itu. Turut sama ialah calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Parlimen Shah Alam, Datuk Zulkifli Noordin, calon BN kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Batu Tiga Datuk Ahmad Nawawi M Zain dan calon BN kerusi DUN Kota Anggerik, Mohd Yusof Din.
Dr Mahathir juga menyifatkan pembangkang sebagai bongkak kerana mengeluarkan kenyataan untuk menangkap dan memenjarakan beliau walaupun belum memerintah
negara.
"Mereka belum jadi kerajaan dah tunjuk sikap bongkak nak tangkap orang, tunggulah sekejap... pada 5 Mei kita nak lihat siapa kena tangkap," kata Mahathir berseloroh sambil disambut sorakan ribuan hadirin.
Menjawab suara sumbang pihak tertentu yang mempersoalkan mengapa beliau masih berkempen walaupun sudah bersara, Dr Mahathir berkata, beliau berbuat demikian kerana ingin mengucapkan terima kasih kepada rakyat yang telah memberi kepercayaan kepadanya untuk menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.
Beliau turut menyampaikan dua rangkap pantun, satu daripada pantun itu bernada sinis, seperti berikut: "Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga, hancur badan di kandung tanah, budi yang baik siapa peduli?"
Dr Mahathir turut meminta rakyat Selangor khususnya di Shah Alam supaya menolak pembangkang dan mengundi calon BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13),
5 Mei ini.
"Dengan undi yang tidak berbelah bahagi, insya-ALLAH BN akan kembali ke Selangor dan seterusnya kekal memerintah Malaysia," katanya. - Bernama
Ini Pula apa Meloyawaves (Malaysiawaves)- Tulang Loser (Tulang Besi) cakap pasal Mahathir 2010 dulu
http://www.malaysiawaves.net/2010/05/pembangunan-dr-mahathir-merugikan.html
SUNDAY, MAY 16, 2010
Pembangunan Dr Mahathir Merugikan Rakyat Malaysia, Orang Melayu dan Orang Miskin. Hanya Untungkan Kroni
Kepada aktivis PERKASA yang tersangat berbangga dengan Dr Mahathir, sedarlah sikit. Kamu telah tertipu. Dr Mahathir adalah seorang yang kuat menipu. Semua program pembangunan beliau hanyalah untuk mengkayakan kroni dan anak-anak beliau semata-mata. Orang biasa macam kita sentiasa tertekan dan tertindas. BUKTI PERTAMA saya bawa adalah gaji pekerja2 di MAlaysia.
Pada tahun 1970, harga kereta Volswagen adalah RM5k sebiji, rumah teres dua tingkat harganya RM25k dan coca cola pula 50 sen sebotol. Gaji seorang yang baru tamat universiti adalah RM800 sebulan.
Setelah Dr mahathir turun takhta, kita lihat harga rumah teres dua tingkat adalah RM200k, kereta Proton Wira pula RM60k sebulan, dan coca cola pula RM1.50 sebotol.
Namun, secara purata, gaji permulaan mereka yang keluar universiti hanyalah RM1200 sebulan sahaja.
Sebab itu 80% rakyat Malaysia menjalani kehidupan mereka sehari-hari dengan BERHUTANG. Majoriti rakyat Malaysia terpaksa bergantung kepada kad kredit untuk hidup.
Mahathir hanya membela kroni dan mereka yang berduit. Polisi Mahathir adalah menyokong smeua yang kroni dan syarikat besar mahu.
Apabila kroni-kroni ini mahu menaikkan harga barang, Mahafiraun menyokong. Tapi, bila rakyat mahu gaji mereka naik, Mahafiraun tidak pernah menyebelahi rakyat.
UNTUK BAGI KRONI, RUGI RAKYAT TANGGUNG
Itu adalah satu lagi amalan Mahafiraun. Apabila Proton hampir nak mati pada tahun 1983 ke atas, Mahafiraun naikkan cukai import kereta serta naikkan harga Proton sehingga kereta Proton paling murah pun harga sampai RM60k. Dan, kerugian Proton telah mencecah paling kurang RM11 - 12 billion. Semuanya dibayar dengan wang minyak milik rakyat.
Mahafiraun telah diberi amaran bahawa projek kereta nasional tidak akan berjaya di Malaysia kerana rakyat Malaysia jumlahnya sedikit - 13 juta pada tahun 1983. Tapi, Mahafiraun tak kesah. Dia tak kesah rakyatnya terpaksa bayar kereta 5 kali ganda dari harga sepatutnya (Proton Wira tu sepatutnya harga sebiji tak sampai RM15k sebab kualiti cukup buruk). Yang penting ego dan kehendak serta nafsu syaitan beliau dipenuhi.
Juga untuk mengatasi masaalah penduduk ini, Mahafiraun telah melancarkan program yang begitu tidak rational yakni menambah penduduk Malaysia sehingga 70 juta orang pada tahun 2000. KAlau RM11-12 billion tu pakai duit BAPAK Dr MAHATHIR, saya pun tak kesah. Tapi kerugian Proton tu ditanggung oleh rakyat MAlaysia. Duit Mahafiraun satu sen haram tak keluar. Memang bangsa celaka Mahafiraun ni.
DI harap Haji Hassan, Tranungkite dll, boleh buat kolum apa Mahathir cakap pasal DAP dulu dan apa DAP cakap pasal Mahathir dulu.
Sebab mereka cakap memang tak konsisten. Dan itulah senjata PAS terhadap PH
Mahathir mcm dulu jugak,tetap tk berubah wlpun umur dah jauh berubah.Semua yang tak sokongnya adalah salah.Dia yang betul.Bijak zmahathir ialah jinakkan pencerca wahid Mat Sabu,LKS,LGE,Husam K10,Mahfus dan ramai lagi.PAS bijak tak cair dgn Mahahtir
Post a Comment