Mana Pergi Tukang Baca Doa Dalam PAN?


Saya mengikuti secara dekat konvesyen parti PAN di beberapa buah negeri seperti Johor, Selangor, Perak dan Pulau Pinang. Melihat gerak geri, mendalami mereka yang hadir, menghayati susun atur perjalanan organasasi parti PAN ini daripada Negeri, Kawasan dan Cawangan.

Sangat banyak maklumat yang saya dapati seperti kekuatan dan kelemahan yang ada mengikut analisis SWOT. Saya juga mengambil pengajaran daripada kapal Tantanic sesuatu kekuatan mempunyai titik lemah yang boleh mengelamkan semuanya.

Tujuan tulisan kali bukanlah nak beritahu pembaca tentang titik lemah parti PAN, tapi sekadar santai-santai berhujah dengan para pengkritik blog saya yang selalu mencemuh dalam ruang komen yang buka luas. Tidak ada daripada mereka memberikan fakta balas yang bernas atas apa yang saya kemukakan.Mencemuh tidak memberikan apa-apa makna sekadar menunjukkan yang komen sangat cetek, lemah, tidak mempnyai akal untuk membuat rumusan, jadi tak hairan mereka ini kekal dalam parti PAN.

Tulisan saya bukanlah suatu fakta mutlak yang mana semesti boleh dikira 100% betul.Oleh itu sangat dialukan hujah balas.

Kali in saya nak cerita pasal Tukang Baca Doa dalam parti PAN. Ada orang kata ulama kuda tunggangan, tapi saya tak setuju walaupun banyak fakta menunjukkan 'tukang baca doa' ini tidak lebih daripada kuda tunggang untuk menjatuhkan kepimpinan ulama dalam PAS sama seperti Mat Sabu yang mana "kontrak gelapnya" sekadar selepas PRU-14. Selepas itu dia akan dibuang dalam tong sampah oleh puak-puak IKRAM dalam PAN.

Saya ingin bertanya mana pergi 2 tukang baca doa dalam PAN ini? 4 konvesyen negeri dah berlalu, tak ada pun nampak batang hidup. Majlis tak ada bacaan al Quran saya rasa ok pasal PAN ni bukan parti Islam. UMNO pun teruk-teruknya ada juga bacaan al Quran. Tak payah nak berhujah pasal bacaan al Quran nanti ulama liberal dalam PAN si Mujahid akan tegur. Jadi kita tutup di sini.



Satu aje saya nak pesan kepada puak-puak PAN dan IKRAM, takkan Tukang Baca Doa 'hangpa' di minta pasang bendera untuk buat poster 'pelaris', carilah orang lain. Hormatlah ulama 'deme' tu.


Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Paul
November 30, 2016 at 3:12 PM

...dah masuk PPBM kot!

Anonymous
November 30, 2016 at 7:56 PM

Mungkin skrg tak perlu baca doa dah sbb dah jdi parti ala liberal gitu. Tak nak highlight sangatlah agama kot2 nampak lebai dan tak progresif. Nanti tak dapat sokongan meluas wlpun sekarang memang dah tak dapat sokongan spt yg diharapkan.

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger