Setelah Gagal Ceramah di Pentas PAN Mahfuz Tiru Husam Fitnah Hadi


Saya kenal Mahfuz bukan sebarang kenal. Tahu di mana dia simpan kereta agak mewahnya di Kuala Lumpur (dia tak tahu memandu tapi ada banyak kereta). Siapa yang akan ambil jika dia datang ke KL. Di mana mereka makan dan bersantai, termasuk rumah Mahfuz di KL.

Jangan hairan Mahfuz ada 'link' dengan orang Harakah kerana dia sangat 'peramah' dengan sesetengah dikalangan wartawan berkenaan. Saya juga setuju dengan penulis batuapi@firestone berkenaan "USRAH BARBICAN" bukan sahaja dengan 'blogger celaka' tetapi dengan MP PAS yang membentuk fikrah asing dalam Jamaah PAS seperti Mahfiz dan Salahudin.

Mahfuz bukan lagi PAS, dia hanya belum istihar dia keluar PAS kerana dia masih terikat dengan bai'ah talak isteri dengan talak 3. Dia harap PAS akan pecat dia. Tapi sampai sekarang PAS tak pecat. Itu dia tak seronok.

Ada puak-puak PAN/IKRAM tanya saya kenapa PAS tak pecat sahaja si Mahfuz ini yang sudah nyata membelakangi PAS. Saya jawab kenapa Nabi tak hukum Abdullah Ubai? Sama juga keadaan yang berlaku berkenaan Mahfuz, yang mana maslahah ini memerlukkan kita tidak bertindak mengikut apa yang tersedia ada. Itu namanya politik, tidak asing asing dalam Islam.

Terbaru Mahfuz mengambil pendekatan Husam Musa. Dia cuba fitnah dan memburukan Presiden PAS walaupun dia tahu fitnah akan memakan dirinya sehingga semua keberkatan pada diri dan keluarganya akan hilang. Maruah tergadai dia akan tersasau sebagai pernah disebut Tuan guru Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada mereka yang lari daripada Jamaah akan tidak siuman.




Lihat apa yang terjadi kepada Husam Musa sudah cukup untuk pengajaran kepada kita.


Ini kononnya surat perjanjian Presiden PAS makan duit RM10 juta. Saya tak tahu macam mana Mahfuz boleh jadi bodoh dalam isu ini atau sengaja bodoh diri supaya kena tata tertib dengan harapan dipecat seperti Husam Musa.


Surat ini mula disebar oleh dua orang blogger kurang akal iaitu Cikgu Hussyen dengan Zulkifly Harun, Greenboc.

Pertama, dia tak faham perbezaan aku janji dengan perjanjian. Aku Janji sebelah pihak manakala perjanjian dalam konteks kontrak 2 pihak.

Kedua, Pejabat Presiden di Taman Melewar. Mana ada Pejabat Presiden. Kenapa engkau tak baca perlembagaan sebelum engkau fitnah. Pejabat Agung PAS Pusat dimana Presiden mempunyai kuasa melantik SU, Bendahari dan Ketua Penerangan. Termasuk juga SU Kerja,

Ketiga, apalah bangang sangat Mahfuz dan puak kaki fitnah. Pejabat PAS Pusat bertukar ke Jalan Raja Laut sebelum 2013. Engkau tahu tak bangunan PAS, 8 juta tu pernah terbakar pada 2010. Makna sebelum 2010 dia orang tak guna dah Taman Melewar. Ni aku tunjukkan engkau gambar sebahagian bangunan itu terbakar.








Engkau tanya Dr Hatta (yang langgar bai'ah talak 3, pasal dia Bendahari masa tu) bagaimana kes bangunan Taman Melewar terbiar dan elektrik pun dipotong kerana tak bayar bil.  Ni gambar bangunan Taman Melewar yang rosak sempat aku ambil gambar Januari 2008.







Keempat, Kenapa harta Kelantan Tok Guru Nik Aziz tak terlibat? Maksud engkau tukang fitnah Presiden boleh kontrol Kelantan tanpa Tok Guru Nik Aziz? Nak fitnah pun biarlah logik.

Kelima, nama Zuraidin bin Abdullah tidak dapat dikesan? Cuba engkau berikan detail sikit, bila dia kerja di Pejabat Presiden PAS? Tahun bila?

Keenam, tiada akaun mana-mana bank atas nama Pejabat Presiden PAS. Tolong bagi bank mana si TUKANG FITNAH?

Ketujuh, sila tunjukkan transasi pembayaran wang yang berlaku. Kalau akaun bank tak ada mana ada transasi.

Banyak lagi kalau saya nak tanya, tapi malas dah.

Kelakar puak PAN dan IKRAM jaja fitnah. Mereka ni bukan jenis tak solat, tapi mereka tak ambil cakna tentang amaran Allah kepada mereka yang menjadi bengrap di hari kiamat.

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW. bersabda yang bermaksud :

“Tahukah kamu siapakah dia Orang Muflis?”

Sahabat-sahabat baginda menjawab :

“Orang Muflis di antara kami, ya Rasulullah ialah orang yang tidak ada wang ringgit dan tidak ada harta benda.”
 
Nabi SAW. bersabda yang bermaksud : “Sebenarnya Orang Muflis dari kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat , sedang datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang ini, dan menuduh orang itu , memakan harta orang orang ini ,menumpah darah orang itu dan juga memukul orang . Maka akan di ambil dari amal kebajikannya serta di beri kepada orang ini dan orang itu , kemudian kiranya habis amal kebajikannya sebelum habis di bayar kesalahan-kesalahan yang di tanggungnya , akan di ambil pula dari kesalahan-kesalahan orang yang di aniayakannya serta di timpakan keatasnya , kemudian ia di humbankan kedalam neraka.”  (Hadis Riwayat Muslim dan Turmizi)


Setahu saya Wan Azlan Wan Jaafar adalah kawan baik Husam Musa. Dia tahu apa disebelik surat dan gambar fitnah Presiden PAS berkenaan lombong tersebut. Semoga Allah laknat dan bencanakan kepada mereka yang membuat jahat, menyebar dan membantu dalam penyebaran fitnah ini di dunia ini sebagai pengajaran kepada orang-orang beriman untuk menjauhkan daripada perbuatan keji dan hina ini.


Share this article :
 

+ comments + 7 comments

November 27, 2016 at 8:06 AM

Bai'ah korang tu songsang. Bang aji lgi biol, munafiq politik tahap gaban.

Anonymous
November 27, 2016 at 9:33 AM

mahfuz pening sbb PAS la ni lg pening

Anonymous
November 27, 2016 at 11:28 AM

Harap pendokong pas tidak termakan fitnah jahat dari puak2 munafik yg seronok melihat islam x dapat ditegakkan

November 27, 2016 at 8:08 PM

Mohon tuan betulkan fakta...di Kedah tak ada baiah talak isteri. Sila rujuk dgn pihak Badan Perhubungan PAS negeri Kedah untuk pengesahan. Terima kasih

Anonymous
November 28, 2016 at 11:24 PM

Org mcm mahfuz ni eloklah klu keluar pas. Itu je yg trbaik buat dirinys

December 19, 2016 at 12:54 PM

Baiah tersebut adalah idea dr Arwah TGNA, so bila dah tuduh org yg telah tiada itu sesat, maka tuggulah perhitungan di Akhirat nnt.

Anonymous
December 24, 2016 at 12:38 PM

Kenal sangat orang yg bersama Husam dalam gambar tu. Nasihatku...ingatlah dosa pahala nak buat fitnah tu.

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger