Phahrolrazi Boss PASMA kini tersisih dan disingkir



Pada 19 Oktober 2015, Phahrolrazi ADUN Pengkalan Kundor dalam DUN Kedah telah menghantar surat rasmi kepada Speaker DUN Kedah Datuk Md Rozai Safian memaklumkan bahawa beliau bukan lagi ADUN PAS, sebaliknya kini sudah menjadi ADUN PAN  yang bergabung dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Harapan.

Tindakan Phahrolrazi antara yang awal menyatakan sikap mereka terhadap PAS. Tindakan ini mengikut maklumat yang kami terima adalah hasil resolusi yang telah dibuat oleh DAP, PKR dan serpihan PAS di Turki yang disebut sebagai "RESOLUSI DEKLARASI ISTANBUL".


DAP, PKR dan PAN bertemu di Istanbul. Saya disertakan gambar pertemuan mereka. Dari kiri, Liew Chin Tong (Pengarah Pendidikan Politik DAP), Dr Mohd Hatta Ramli (Pengarah Pilihan Raya PAN), Lim Kit Siang (Penasihat DAP), Salahuddin Ayub (Timbalan Presiden PAN), Datuk Kamaruddin Jaafar (PKR), Asmuni Awi (Bendahari PAN), Dr Mujahid Yusof Rawa (Naib Presiden PAN) dan Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Masih menyatakan PAS)

Saya tak berhasrat nak bincang Resolusi Deklarasi Istanbul yang banyak strategi untuk melumpuhkan PAS dan menjadikan PAN sebagai penggantinya.

Dalam tulisan ini saya akan fokus, bagaimana Phahrolrazi ADUN Pengkalan Kundor yang menjadi 'KUDA PERMAIN' dalam percaturan politik PAN dengan PAS. Yang mana 'mastermind' dalam permaianan ini adalah IKRAM/IRC.

Semua oramg tahu bahawa Phahrolrazi, Husam dan Wan Rahim antara mereka yang awal mengerakkan PASMA bagi tujuan membangkit arus penentangan kepada golongan yang dikatakan ulama dalam PAS.

Malangnya apabila PAN ditubuhkan Phahrolrazi dan beberapa orang pemikir kepada idea ini berserta 50 orang awal antara mereka yang tersingkir dalam perebutan kuasa dalam parti PAN.

Malah dalam apa-apa aktiviti PAN di Kedah bayang Phahrolrazi juga jarang kelihatan.


Bukan sahaja Phahrolrazi malah 3 anaknya yang menjadi ahli PAN, Hazinuddin, Hafizur Rahman dan Hannani juga tidak tertonjol.

Adakah ini kerja puak Dato Dr. Ismail Salleh? Saya tak boleh memberi jawapan yang tepat, hanya Aris Awang boleh mencerikan kepada anda. Aris Awang antara orang yang rapat dengan Phahrolrazi dan selalu mendengar luahan serta kritikan Phahrolrazi terhadap parti PAN.

Adakah Phahrolrazi akan menjadi macam Mejar Zaidi? Atau dia akan tersisih dan hilang dalam arus politik perdana sebelum PRU-14?

Dulu Phahrolrazi ada berkata jika PAS dan UMNO tidak bergabung awal 2016 dia akan kembali kepada PAS. Tapi kalau dia nak kembali kepada PAS rasanya PAS tak sudi orang yang sudah 'buruk dan layu' serta lunyai ditikam oleh rakan-rakan 'setalam'

Itulah politik kotor IKRAM/IRC jika anda tidak tahu!


Share this article :
 

+ comments + 4 comments

November 8, 2016 at 11:34 AM

Tak mengapa la haji. Ayah pink haji pun makin tersisih gak. nasrudin velfire pun tersisih gak. Orang temerloh gerenti tak pilih dia dah. tak sabar nak tengok berapa geng PIGS dapat masa PRU 14 nanti. Harap2 jangan ceramah depan halimunan je macam kat kuala kangsar baru ni. kesian penceramah ceramah sorang2

November 13, 2016 at 11:13 PM

klu tersisih takkan PH nak terhegeh hegeh jemput pas untuk memperkuatkan pakatan mereka... hakikat muhyidin yassin dah nampak dah kekuatan pas bila becerah di atas pentas pas bebanding beceramah atas pentas PH

Anonymous
November 14, 2016 at 7:51 PM

Payah jugak kalau perasan diri tu serba bagus dan pandai.
Nak duk dalam jemaah tapi tanak ikut ketua.Baik duk dalam DAP la mcm Mat sabu makan dedak DAP RM30.000 sebulan sebagai Pengarah GLC

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger