Rupa Salahuddin dan Parti PAN sudah Pening



Penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Pakatan  Harapan dijangka diputuskan pada 13 Disember depan. Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub berkata perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat majlis presiden Pakatan Harapan bulan hadapan.

Semua orang tahu bahawa kenyataan terakhir daripada parti Bersatu mengenai status penyertaan dalam Pakatan Harapan adalah ditangguhkan. Kenyataan Tan Sri Muhyiddin telah jelas sehari sebelum Konvensyen Pakatan Harapan.

Setakat ini belum ada kenyataan rasmi berhubung penyertaan Bersatu dalam Pakatan Harapan dikeluarkan selepas kenyataan TS Muhyiddin pada konvesyen Pakatan Harapan yang lalu.

Salaluddin Ayub hanya berdasarkan kepada kenyataan Tun Mahathir pada ucapan di konvesyen berkenaan dan ucapan Tun itu adalah ucapan politik yang tidak boleh dijadikan sandaran melainkan orang bodoh bacaan politiknya sahaja mengganggap itu suatu kenyataan rasmi. Orang bodoh politik memang tidak faham. Takkan Salahuddin Ayub orang kuat PAN bodoh politik!


Pada sidang media Salahuddin berkata "Saya yakin dan percaya bahawa tidak ada masalah untuk menerima Bersatu menjadi satu lagi parti (gabungan) dalam Pakatan  Harapan menjadikan empat parti iaitu Amanah, DAP, PKR dan Bersatu,"

Katanya lagi "Tun Dr Mahathir sendiri menyatakan bahawa Bersatu tidak mahu menyertai Pakatan  Harapan sebagai 'pakatan plus-plus' sebaliknya mahu diterima sebagai satu keluarga dalam pakatan.


Salahuddin dan parti PAN tidak boleh menerima Presiden PAS kerana menyifatkan Presiden PAS dan ulama yang ada dalam PAS ingin membawa politik Melayu Islam dan inginkan Islam bersaskan Melayu yang mana tidak serasi dengan Pakatan Rakyat pada masa itu yang lebih kepada kesamaan hak. Presiden PAS menegaskan Putrajaya perlu dijatuhkan dengan MP Melayu Islam mesti melebihi dan berkuasa dan ini tidak bersamaan dengan kumpulan GHB yang kini dikenali parti PAN.

Saya agak keliru, adakah Salahuddin Ayub tahu dan menyedari bahawa BERSATU itu lebih Melayu daripada PAS. Apa bezanya PAS dengan BERSATU dalam konteks Melayu Islam?

Atau mungkin PAN lebih selesa dengan parti yang tidak sukakan hudud dan undang-undang Islam sebagai landasan perjuangan maka Salahuddin Ayub lebih terpikat dengan BERSATU sehingga mencadangkan TS Muhyiddin sebagai PM Sementara dalam Konvesyen PAN Johor.


Atau Salahuddin dan parti PAN termimpi ngeri jika PAS dan BERSATU bergabung dalam pakatan politik PRU-14 nanti yang mana akan menghancurkan parti PAN jika berlaku pertandingan 3 penjuru dengan PAS?

Apa yang saya nampak, Salahuddin pening dan parti PAN makin tersempit dalam politik Malaysia kerana sifat buruknya mengkhianati perjuangan Islam.


Share this article :
 

+ comments + 5 comments

Anonymous
November 28, 2016 at 9:19 AM

Rupanya Hh Hassan Onar sudah pening tahap bengongg

Nasrul
November 28, 2016 at 7:39 PM

Apa hj Hassan merapu ni..?

November 28, 2016 at 11:15 PM

Hahaha.. Anonymous & Nasrul xpaham artikel ni..

November 28, 2016 at 11:17 PM

Hahaha.. Anonymous & Nasrul xpaham artikel ni..

Anonymous
November 28, 2016 at 11:19 PM

Mabuk nak Putrajaya tu...nak jawatan dan pangkat. Lebih teruk drpd yg ada skrng pun tak mustahil.

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger