PAS (Bersama Gagasan Sejahtera) + PKR + BERSATU + WARISAN membentuk Pakatan Baru?
9 November 2016, Mursyidur Am PAS Tuan Guru Haji Hashim Jasin telah mengeluarkan satu kenyataan tentang bertanpa perlunya pembangkang bersatu untuk satu lawan satu bagi menjatuhkan kerajaan UMNO @ BN yang zalim dan rakus.
Mursyidur Am dalam kenyataan menyebut bahawa penyatuan tersebut adalah demi kepentingan Islam dan Melayu menjadi tonggak kepada perpaduan di Malaysia dalam masyarakat berbilang kaum.
Beliau menyeru kumpulan-kumpulan NGO dan parti politik bersatu dan menjadikan Islam sebagai asas penyatuan mereka.
PAS berusaha dalam penyatuan ini dengan menubuhkan GAGASAN SEJAHTERA yang kini didokong oleh IKATAN dan BERJASA.
Dalam masa yang sama PAS masih menjalankan kerjasama tahaluf dengan PKR dan kini giat berunding dengan BERSATU dan WARISAN.
DAP menyedari bahawa BERSATU dan PKR lebih minat untuk bersama dengan PAS daripada bersama dengan DAP. DAP yang bersifat mereka TUAN yang lain hamba! dan PAN sekadar barua DAP yang akan mengundi DAP dalam apa-apa keputusan dengan keputusan 2 lawan 1 sebagaimana PAS pernah alami membuatkan PKR berfikir dua kali.
Yang sangat jelas BERSATU, Tan Sri Muhyiddin lebih mengenali UMNO daripada PAN dan DAP mengetahui bahawa PAS bukan nak UG dengan UMNO pasal itu BERSATU lebih mirip ingin bersama PAS bagi menawan negeri-negeri seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Kenyataan ini telah disebut oleh Tun Mahathir bahawa negerii-negeri ini hanya memerlukan pengalihan pengundi yang kecil sahaja UMNO pasti akan tumbang.
Kenyataan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta supaya perjanjian kerjasama antara pakatan harapan yang perlu ditandatangani pada konvensyen hari ini, ditangguhkan sudah cukup kita memahami bahawa BERSATU lebih minat bergabung dengan PAS dan PKR daripada Pakatan Harapan.
Memetik portal The Star sebagai berkata, Muhyiddin meminta penangguhan itu berikutan menginginkan tempoh untuk berfikir mengenai rancangan kerjasama tersebut.
Beliau juga menuntut banyak perbincangan dengan pemimpin-pemimpin pakatan harapan mengenai hubungan mereka dengan parti rasis dan cauvinis, DAP serta parti serpihan PAS, Parti Amanah Negara (PAN).
Dikatakan Muhyiddin juga tidak selesa dengan perkembangan di Johor dimana dilihat PAN lebih bermesra (boleh disebut barua atau dedak) dengan DAP dan jika negeri berkenaan jatuh kepada pembangkang sudah pasti DAP akan menguasainya yang lain sekadar boneka aje. Sudah pasti Bersatu dan ahli-ahlinya yang masih berjiwa UMNO tidak senang dengan ketuanan DAP dalam Pakatan Pembangkang.
Konvensyen Pakatan Harapan hari sangat mengecewakan setelah jemputan kepada PAS 'lastminute' ditolak kemudian diikuti dengan WARISAN juga menolak untuk hadir. BERSATU menjadi macam delema, tetapi Tun Mahathir hadir.
Kalau anda lihat gambar di atas, anda sudah parti melihat hampir dua pertiga dewan dipenuhi oleh puak-puak PAN. Nasib juga PAN guna baju oren boleh kita melihat dengan jelas dan itu belum termasuk lagi yang menggunakan baju warna lain.
Mana pergi pimpinan PKR? BERSATU? DAP pun tak hadir.
Kenapa PAN beriya-iya nak menjayakan konnesyen ini? Saya sudah menulis dalam artikel "PAN Tersempit Untuk Survival Politik Malaysia" PAN tidak ada hala tuju dan tersempit dalam kebangkitan pembangkang. Kalau kehadiran parti-parti lain membantu pembangkang tetapi kehadiran PAN menyebabkan pembangkang menjadi tak tentu hala. PAN bukan menarik ahli UMNO tetapi merosakkan PAS dan PKR sahaja.
Jika GAGASAN SEJAHTERA boleh menjadi satu blok politik pembangkang yang baru sudah parti PAN akan hilang dalam arus politik tanah air.
Blog Archive
-
▼
2016
(199)
-
▼
November
(25)
- Engkau Orang Agak Parti Pan Konvensyen Sambil Tidu...
- Mana Pergi Tukang Baca Doa Dalam PAN?
- Untung Bukan Islam Di Malaysia
- Rupa Salahuddin dan Parti PAN sudah Pening
- Setelah Gagal Ceramah di Pentas PAN Mahfuz Tiru Hu...
- Konvesyen PAN Selangor Tak Bermaya & Gagal
- Bila PAS-UMNO Bersama Untuk RUU 355 nak UG, Bagaim...
- PAN Memang Parti KULI Mat Sabu & Salahuddin Sekada...
- TV3 dan Parti PAN Sama-sama 3¼
- Demonstrasi ada dalam Islam diketengah tapi hudud ...
- Mahathir Hijack Bersih5, Konvesyen Harapan & Pemba...
- ARIF parti PAN gagal Pada Perhimpunan Bersih 5
- Apa PAN boleh dapat Dengan Buat kerja bodoh ini?
- Mampukah Mahathir Menyatukan Pembangkang?
- Kerana Wartawan Putar Belit Berita Ramai Facebooke...
- Nurul Izzah Yang Tak Kenang Budi
- Kerana Nak Jatuhkan Najib Mahathir Sanggup Diperb...
- PAS (Bersama Gagasan Sejahtera) + PKR + BERSATU + ...
- Husam Musa Mimpi Jumpa Tok Guru Nik Aziz 15 Kali!
- PAN Mencari keredhaan DAP menolak keredhaan ALLAH
- Bukti Jelas Parti PAN Hanya Khadam
- Phahrolrazi Boss PASMA kini tersisih dan disingkir
- PAN Tersempit Untuk Survival Politik Malaysia
- Jangan Biar Gambar Berbicara
- Rupanya Husam Lebih Hebat & Laju Daripada Najib!
-
▼
November
(25)
+ comments + 4 comments
New pack : PAS-PPBM/Warisan-DAP/PAN-PKR.
Why not ?
PPBM dan Warisan sama tujuan, kira satu parti.
DAP dgn PAN, dah mcm satu fikrah, kira satu parti.
Nak tumbangkan UMNO, kena tumbangkan ego parti masing masing dulu, mengalah bukan bererti kalah. Kalau pecah belah, alamat bertuankan parti korup lg ler jawabnya.
Blog pakatan baru Bersatu, Pas, Pkr dan Warisan merupakan satu idea yg boleh difikirkan. Dengan cara Dap yg boleh menimbulkan pergaduhan kaum, tidak mustahil kaum Cina akan berubah. Rasanya sokongan kaum Cina pada Dap ini bukanlah bersifat mutlak. Dulu Dap bersikap positif dgn Pas seperti membantu menerangkan kpd kaum Cina bhw tidak perlu bimbang dgn hudud. Hasilnya kaum Cina berubah drpd MCA kpd Dap. Mca sblm Pru13 mmg jelas menolak Hudud secara membuta tuli tanpa cuba menyelidiki apa itu Hudud dgn harapan kaum Cina akan takut dan tidak memilih Dap yg bersama Pas. Namun sebaliknya kaum Cina tetap mengundi Dap.. Jelas kaum Cina tidak menganggap Hudud itu satu ancaman atau isu besar untuk mereka. Mereka tidak takut mengundi Pas atau Dap. Mereka perlukan parti yang membela nasib mereka, parti yg menghormati antara agama dan sebaliknya bukan parti yg memprovoke diantara agama. Hari ini Dap membuat kesilapan yg sama seperti apa yg pernah dibuat MCA. Tidak mustahil jika kaum Cina akan berubah pula kepada PKR sebagai tempat teduhan mereka yg baru jika pakatan baru iaitu Bersatu PKR Pas dan Warisan terjalin...pakatan ini lebih sihat samada drpd sudut keharmonian ekonomi dan keharmonian pelbagai agama...
Selagi DAP nak jadi Abang Besar, takyah angan2 jauhlah
Semua salah,melainkan DAP saja yang betul
Post a Comment