"Pemimpin perlu berfikiran kritis, bukan pemimpin yang nama sahaja pak haji tetapi korupsi. Pak haji yang korupsi bukan pemimpin kita," kata Nurul Izzah.
Nurul izzah berkata demikian ketika berucap dalam Konvensyen Pakatan Harapan yang julung kali diadakan di Shah Alam beberapa hari lalu.
Kata Nurul Izzah lagi apa yang diperlukan negara adalah pemimpin yang melawan rasuah dan bukannya berpengetahuan agama semata-mata.
Saya setuju dengan seorang facebooker 'Kero San' berkata apa salahnya tukar ayat tu ditukar menjadikannya lebih baik untuk Islam kepada "kita perlukan pemimpin yang kuat agama, berani dan melawan rasuah."
Saya sangat setuju dengan komen 'Timmy Say' dalam tulisannya walaupun agak kasar sedikit, iaitu "Tidak akan kita kedengaran suara seorang ahli politik PKR yang mempertikaikan kelayakan “Tok Haji yang rasuah” menjadi pemimpin, tapi memilih membutakan mata pada kelayakan seorang pemimpin yang dipenjara kerana kesalahan jenayah moral untuk diangkat sebagai perdana menteri."
Sikap Nurul Izzah yang lantang mengkritikan PAS pada konvensyen Harapan sangat dikesali berbeza dengan sikap ibunya Wan Azizah yang masih bertolenrasi dengan PAS.
Nurul Izzah adalah manusia yang tidak mengenang budi.
Dia lupa semasa bapanya Anwar Ibrahim dizalimi, PASlah yang membantu menyediakan semua kemudahan untuk dia menjelajah seluruh negara bagi mendapat simpati dan sokongan rakyat.
Semasa itu dia di pentas hanya sekadar boleh bercakap "papa saya... papa saya... papa saya dan linangan air mata"
Tapi lebai PAS dan Pak Haji PAS yang dihina itulah yang membantu menyediakan pentas, mengeluar wang ringgit dan tenaga untuk semua kemudahan pergerakkannya bagi mendapat sokongan untuk pembesasan bapanyanya.
Sudahlah tidak kenang budi, kurang ajar pula dengan PAS apabila dia telah besar dan pandai berdikari sendiri.
Malah si "Mahazalim" yang memejarakan bapanya, yang memporak perandakan keluarga mereka pula disanjung!
Apakah Nurul Izzah percaya bapanya memang bersalah dalam kes liwat? Nuruh Izzzah setuju dengan surat peribadi ibunya kepada Tun Mahathir? Adakah Nurul Izzah kini sama berpendapat dengan adik lelakinya yang menghilang diri dalam dunia politik keluarga mereka?
Sia-sia sahaja laungan suara refomasi dan gelaran puteri reformasi kepadanya selama ini!
# Gambar di atas adalah ceramah Nurul Izzah di kubu kuat PAS, 1998
+ comments + 2 comments
Masa DSAI baru dipenjara, masih segar dlm ingatan mendengar nurul izzah dan ibunya menumpang berucap dipentas2 anjuran Pas. Suara mereka pun masih gigil-gigil lagi masa tu. Klu Pas tak buka pintu bekerjasama dgn Pkr, belum tentu Pkr akan berada sepertimana apa yg mereka capai harini. Apabila Pas berada didalam dilema seketika disebabkan kerenah Dap yg menghina Islam, terus shj dihina para2 agamawan oleh Nurul Izzah...sepatutnya mereka bantu memberikan pandangan atau sekurang kurangnya berdiam diri sementara memberi Pas ruang utk membuat sebarang keputusan...ini tidak, mereka pula sebaliknya yang ambil keputusan keluar PR dan membiarkan Pas bersendirian demi Pan dan Dap...Ditinggalkan dlm keadaan begitu pun Pas masih diam dan sabar...ini dia cara balasan seorang yg bernama Nurul Izzah. DSAI suatu ketika sampai pergi menziarahi pondok2 di Kelantan demi untuk merapatkan hubungan dgn Pas...ternyata Nurul Izzah tidak mencontohi kepemimpinan dan ketokohan bapanya DSAI.
Nurul Izzah tak sedar diri bapanya punya rekod kesalahan liwat. Nak mengata pak haji konon, bapa sendiri baik sangatkah?
Post a Comment