“Saya melihat cukai terhadap rokok sedang meningkat. Bagi alkohol pula, ia dibenarkan untuk bukan Muslim, jadi jika kita naikkan cukainya ia akan membebankan mereka,” kata Siti Mariah Mahmood
“Saya mencadangkan bagi tempoh jangka panjang, minuman beralkohol dan produk tembakau dijual berasingan di premis tertentu,” katanya ketika membahaskan Bajet 2017.
Saya setuju bukan Islam tidak dibeban dengan cukai yang tinggi malah rakyat keseluruhannya tidak sepatutnya dibebani dengan cukai yang tinggi.
Arak adalah punca maksiat. Tiada agama di dunia ini membenarkan arak. Saya tak tahu apakah alasan Siti Mariah dalam isu arak? Apakah Siti Mariah fikir orang Cina DAP perlu minum arak dan mengalakkan minum arak?
Apakah tindakan kerajaan menaikan cukai arak itu salah? Malah kita mahu bukan cukai dinaikan, malah arak diharamkan terus di Malaysia.
Siti Mariah (Baca PAN, baca IRC atau IKRAM!) sebelum ini telah membuat poll untuk bertanyakan pengundi (yang rata pengundinya adalah Cina DAP) untuk sokongan kepada akta RUU 355 untuk memperkasakan Mahkamah Syariah.
Adakah Siti Mariah lupa tentang ayat al Quran dalam Surah Al Baqarah ayat 120 - 121.
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu sebelum kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah, "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)"[1]. dan jika kamu mengikuti keinginan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu[2], maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu[3].
121. Orang-orang yang telah Kami berikan Al kitab kepadanya, mereka membacanya[4] sebagaimana mestinya, mereka itulah yang beriman kepadanya. Barangsiapa yang ingkar kepadanya[5], mereka itulah orang-orang yang rugi.
Saya pun menjadi hairan bagaimana mereka yang ditarbiyyah oleh IKRAM akhir menjadi bodoh tentang cerita bagaimana Nabi s.a.w. menolak sebarang tawaran kerana mencari kerdahaan Allah.
Parti PAN kini makin sesat.
+ comments + 2 comments
Tak berbaloi langsung, senang, kaya dan berkuasa di dunia dgn menempah murka Allah swt.
Benar Allah swt Maha Pengampun bg yg bertaubat, tp jgn dilupa, Allah swt juga Maha Adil.
betul tu haji kena dapat keredhaan Allah sampai selalu ponteng parlimen.
Post a Comment