Saya setuju pendapat komentar penganalisis yang mengatakan bahawa Tun Mahathir seorang ahli politik yang licik.
MAHATHIR pernah berkata dalam politik hari ini kawan, esok musuh dan lusa mungkin menjadi teman akrab semula.Politik ialah seni memburu kuasa yang memungkinkan segala yang mustahil. Siapa sangka teman karib dan anak didik politiknya kini menjadi musuh yang seru. Siapa sangka hak negara boleh bertukar menjadi hak kroni di zaman Mahathir sehingga hari ini.
Betullah kata Presiden PAS Abdul Hadi Awang apabila menjawab isu dedak. Hadi membidas Mahathir dengan mengatakan siapa yang mengajar memberi dedak?
Politik telah menjadi darah dagingnya . Seorang pensyarah universiti pernah berkata : “Mahathir is too smarts for the Malays” – Mahathir terlalu cerdik dalam arti kata terlalu pintar dan lihai untuk bangsa Melayu sehingga mereka tidak mengenali AGENDA dan maksudnya yang tersirat !
Mengapakah dihari-hari terakhir hayatnya beliau masih aktif berpolitik? Jawapannya Allahyarham Ustaz Fadzil Noor pernah berdoa semoga Allah s.w.t. memberi Mahathir usia yang panjang supaya beliau dapat melihat sendiri kerosakan-kerosakan besar yang beliau lakukan ke atas bangsa dan negaranya.
Saya juga setuju dengan ulasan AIDCNews dengan mengambil petikan komentar As Sabil
As Sabil berkata sebagai seorang pemain politik yang licik hanya memerlukan masa satu tahun untuk menawan pembangkang sepenuhnya.
Katanya “Mahathir hanya perlu satu tahun sahaja untuk ubah pembangkang. Tahun lepas dia hanya tunjuk muka menyokong BERSIH 4. Tahun ni dia jadi kepala. Cukup mudah pembangkang dibeli Mahathir.
Penganut agama parti PAN pula lupa akan perjuangan Islam sehingga mereka lupa kezaliman Mahathir sebelum ini.
“Sekali-kali tidak pernah lupa pengkhianatan Mahathir ketika dia memerintah. lagi lah tidak akan lupa penghinaannya terhadap Nabi SAW “siapa tahu nabi simpan janggut, ada siapa tengok? dia simpan janggut pasai tak dak gillette!,” ulas Malathir.
Kita boleh marah kepada Salman Rushdie, Akhbar Belanda menghina Nabi. Tapi puak PAN boleh berpeluk dengan Mahathir dan memaafkannya walaupun Mahathir tak pernah menarik balik kata-katanya. Atas apa puak PAN/IKRAM boleh bersubahat? Semuanya untuk cita-cita kedunian dan kekuasaan mengikut jalan yang tak betul.
Hari ini Mahathir melaungkan reformasi, meminta kerajaan yang adil dan tidak menzalimi rakyat tetapi rakyat tidak lupa bagaimana Mahathirlah menggunakan FRU menghentam rakyat sehingga rakyat tidak boleh bersuara, Video di atas adalah satu daripada sejarah yang tidak dapat dihapuskan bagaimana zaliminya Mahathir.
Adakah Mahathir telah meminta maaf?
Kalau kita renung semula penyelewengan di zaman Mahathir sebenar tidak ada beza dengan Najib kerana mereka daripada spesis yang sama, spesis mengkhianat rakyat, korupsi dan kronisma.
Hanya mereka yang benar-benar faham politik Mahathir tidak terperangkap dalam permainan politik MAHAZALIM & MAHAFIRAUN. Saya ucapkan syabas kepada PAS tidak terperangkap dalam permainan politik licik Mahathir.
Post a Comment