PAN Tersempit Untuk Survival Politik Malaysia



29 Oktober 2016 lalu Husam Musa cuba membawa ahli-ahli PAN berfikir lebih jauh untuk masa hadapan partinya. Saya berpendapat Husam Musa cuba untuk memberikan semangat dan hala tuju kepada ahli-ahli PAN supaya mereka tidak  kecewa, putus asa dan mati semangat setelah banyak perkara mereka tersempit.

Sejarah dalam PAS membuktikan parti-parti yang terserpih, kecewa, khianat dari PAS akan ‘hidup segan dan mati tak mahu’sebagaimana parti Hamim dan Berjasa. Kalau kita renungi pengasas-pengasas parti berkenaan adalah tokoh yang tersingkir dan kecewa dengan arus perkembangan perjuangan PAS.

Tidak hairanlah Tuan Guru Haji Abdul Hadi ada menyebut tentang PAN ini dengan berkata "Pada kebiasaannya parti serpihan tidak hidup lebih 2 tahun". Media dan cybertropper PAN memutar belit kenyataan ini kononnya Hadi berkata PAN akan mampus tak sampai 2 tahun. Propaganda PAN ini sebenarnya untuk memberikan semangat kepada ahli-ahlinya untuk bertahan lebih 2 tahun. PAN bila keluar daripada PAS, sudah tahu dan menghalalkan FITNAH.

Kawan-kawan saya dalam PAN menafikan telahan ini kerana PAN katanya tidak sama dengan Hamim dan Berjasa kerana PAN dapat menggerakkan massa dan lebih relevan dalam arus politik perdana serta mempunyai kaitan dengan parti-parti politik yang memerintah iaitu PKR (Selangor) dan DAP (Pulau Pinang) lantas menjadikannya bukan parti yang menagih simpati apatah lagi PAN  mempunyai 6 wakil di Dewan Rakyat dan 6 wakil di Dewan Undangan Negeri (Walaupun kerusi curi).

Saya mendengar ceramah-ceramah PAN samada secara 'live' atau pun youtube dan saya dapati  parti PAN masih kabur dalam menyatakan indentiti diri dan perjuangannya. PAN masih tercari-cari identiti diri dan perjuangan parti.

Adakah PAN cuba mengikuti langkah seperti PKR iaitu ‘multi-cultural party’ bagi membina masa depan mereka yang lebih cerah? Adakah ini akan bertembung dengan perjuangan PKR dan akhirnya mereka menjadi musuh secara senyap dalam selimut yang sama. Pasal itu kita sudah lihat idea dan pandangan PAN selalu di'bantai' oleh pimpinan PKR terutamanya Azmin Ali.

Pemimpin PAN berucap lebih kepada mainan isu-isu politik dengan polemik rasuah dan salahlaku tak ubah seperti ‘whistleblower’ yang sepatutnya di mainkan oleh penggerak-penggerak NGO. Kalau ini perjuangan PAN saya setuju dengan pendapat beberapa orang penulis siber yang mengatakan pimpinan PAN yang bertembung dalam Muktamar PAS sebelum ini kerana mereka tidak memahami jatidiri perjuangan PAS yang berasaskan akidah Islamiyyah bukan semata-mata perjuangan kebebasan manusia daripada belegu salahlaku, rasuah dan ketidakadilan semata-mata. Mereka ini sebenarnya menyeweng daripada perjuangan PAS.

Saya tak kata PAS menolak perjuangan salahlaku, rasuah dan ketidakadilan dalam masyarakat tetapi itu bukan intipati perjuangan PAS sebenarnya. Pasal itu mereka disingkir daripada PAS oleh ahli-ahli PAS semasa Muktamar PAS yang lalu.

Bila PAN menjadi parti ‘multi-cultural party’ sudah pasti akan bertembung dengan PKR, yang mana data keahlianya yang kini sudah mencapai 20,000 ahli menunjukkan ahli-ahli PAN rata-ratanya daripada serpihan PAS sekitar 6,000 - 7,000 orang sahaja, ahli IKRAM (mungkin satu arahan untuk mengesa IKRAM menyertai PAN) dan selebihnya kepada ahli PKR dan mereka yang tidak berparti.

PAN tidak boleh menarik ahli UMNO itu satu kenyataan yang sudah pasti jelas dan dibahaskan oleh pemikir strategik parti PAN, Dr Dzulkefly Ahmad bersama dengan Khalid Abdul Samad dalam mesyuarat mereka.

Saya juga setuju dengan beberapa pendapat penganalisis politik bahawa PAN menjadi masalah kepada Pakatan Harapan dan Pembangkang khususnya. Kehadiran PAN tidak memberikan manafaat malah PAN akan menjadi beban kepada DAP dan PKR. Lihat sahaja pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar, DAP dan PKR terpaksa mengeluarkan belanja untuk membantu PAN. Selama mana PAN akan menjadi anak susuan PKR dan DAP?

Kehadiran BERSATU dalam pembangkang ada manafaatnya. Bersatu menarik ahli UMNO dan menyebabkan UMNO menjadi makin lemah berbeza dengan PAN yang menarik ahli PAS dan PKR yang mana akan memasalahkan PAS dan PKR akhirnya UMNO mendapat nafas lega.



Kunjungan terbaru Siti Hasmah ke rumah Wan Azizah menandakan politik damai Mahathir-Anwar ini menunjukkan PKR dan BERSATU akan membawa era politik kerjasama yang mungkin ada orang tidak memahaminya. Walaupun bersatu bekerjasama dengan DAP dan PKR tetapi kita kena sedar BERSATU adalah parti bumiputra sahaja dan agendanya adalah Melayu Islam hampir sama dengan PAS.

Ada penganalisis berpendapat BERSATU-PKR akan bekerjasama dengan PAS di negeri-negeri seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu, manakala Pakatan Harapan akan bekerjasama dengan PAS di Selangor.

Apa yang boleh kita faham.

Parti PAN akan tersempit dan terambai... Menjadi sampan yang hilang pendayung.

PAN nak bertanding di mana?

Ada kata-kata bukan daripada PAS tetapi daripada pembangkang sendiri termasuk pimpinan tinggi PAN juga. Bubar aje PAN, pimpinannya boleh sertai PKR dan DAP. Ini membantu pembangkang menjadi lebih kuat dan UMNO @ BN boleh dijatuhkan. Jika PAN ada politik pembahagian kerusi bermasalah dan akan membantu BN @ UMNO kekal lagi selepas PRU-14 nanti. Lagipun sampai bila PAN nak makan dedak DAP untuk mengerakkan partinya?

Perkara ini telah dimulakan oleh Mejar Zaidi. Anda bagaimana?


Share this article :
 

Post a Comment

Blog Archive

 
Copyright © 2011. Hassan Omar - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger